Saturday, December 2, 2017

Tuisyen PT3

Tuisyen 

Tingkatan 123

Pendidikan abad ke 21 ?



Keberkesanan Pendidikan Abad Ke-21 ini bukan sekadar tertumpu pada prasarana dan susun atur bilik darjah tetapi penentu utama kejayaan adalah aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid bukan berpusatkan guru.
Guru perlu menjadi pemudahcara kepada murid dalam sesuatu aktiviti di dalam kelas.
Warga pendidikan perlu mempersiapkan diri dengan Kemahiran Terkini dalam Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-21 kerana mereka adalah jentera pelaksana untuk segala dasar-dasar yang dirancang oleh Kerajaan.

10 Ciri Pembelajaran Abad Ke-21

1. Berpusatkan pelajar
– pelajar berperanan penting, guru sebagai pembimbing
– meletakkan minat pelajar sebagai keutamaan
2. Penggunaan komputer
– alat penting untuk kelas abad ke 21
– sangat membantu dalam pengajaran dan pembelajaran
3. Pembelajaran aktif
– penglibatn yang lebih aktif sama ada dengan perbincangan bersama rakan, atau pun penggunaan komputer
4. Pembelajaran kendiri
– kelas masih boleh berfungsi dengan pelabagai aras pembelajaran
5. Persekitaran yang kondusif
– tidak terlalu sesak
– peralatan mengajar yang asas seperti papan putih interaktif dan lcd projektor
6. Pelajar faham dan mematuhi arahan
– pemebelajaran dirancang dengan teliti dan tersusun
– peraturan kelas, prosedur dan notis ditampal di ruang khas bagi memudahkan pelajar sentiasa berada dalam landasan yang betul
7. Saling hormat menghormati
– perlu hormat menghormati antara guru dan pelajar
– guru perlu menggalakan pelajar berucap dengan yakin dan menghargai pendapat mereka
– pelajar perlu belajar bekerjasama dan menghormati rakan sekelas
8. Pelajar bertanggungjawab terhadap pelajaran mereka
– sekiranya pelajar digalakkan untuk terlibat aktif dalam pembelajaran, maka mereka akan lebih bertanggungjawab dengan pembelajaran mereka
9. Penilaian berasaskan pencapaian
– guru sentiasa menjalankan penilaian dengan pelbagai kaedah tanpa terikat dengan sesuatu bentuk ujian sahaja
10. Pembelajaran kolaboratif
– pembelajaran secara berkolaborasi merupakan kaedah paling berkesan dalam pembelajaran

Atas menyahut semua ciri ciri tersebut  kami telah bersiap sedia menyediakan pusat tuisyen yang lengkap dengan kemudahan Internet dan kelas disusun agar murid murid mudah bertanya dan berdiskusi 
Kami bukan setakat menggilap akademik sahaja kami juga mengadakan berbagai aktiviti seperti sukan Bola sepak dan sukaneka supaya pelajar mengenali kawan kawan mereka dan memudahkan mereka berkongsi pengetahuan .

Hubungi kami untuk mengikuti kelas kelas tuisyen .








Tuisyen SPM cuti sekolah Disember 2017

Tuisyen SPM Ulangkaji di MERSING JOHOR ( Temui Cikgu Hanini- Telah Mengajar Tuisyen Subjek Sains Tulen sejak 10 tahun Tenggaruh- Mersing dan telah berjaya melahirkan ramai pelajar cemerlang SPM Sains Tulen dari sekolah Harian dan Asrama Penuh cikguhaniniblogspot.com ) Ulangkaji Kimia / Fizik/ Add maths/ Math Yuran serendah RM25 sehari Minggu ke 3 9-12 pagi Disember 2017 Isnin Matematik . Selasa Fizik Rabu Kimia Khamis Add maths
Sila wassap nama dan tajuk tajuk yang ingin dipelajari 0177973509 Cikgu Hanini Universiti Malaya